Saturday 3 May 2014

Profil Usahawan: Philip Hampson Knight - Pengasas & Pengerusi NIKE


PHILIP HAMPSON KNIGHT

Alamat: Nike World Headquaters,
            One Bowerman Drive,
            Beaverton, OR 97005

Tel No: 1-503-671-6453

Laman Web: www.nike.com

Industri: Apparel dan Aksesori

Produk: Kasut Olahraga, peralatan sukan dan lain-lain produk untuk rekreasi dan olahraga.


Philip H.Knight dilahirkan pada 24 Februari 1938 di Portland, Oregon US. Beliau mendapat pendidikan di Universiti Oregon pada tahun 1952 dalam bidang BBA. Kemudian beliau sambung pengajian Sarjana di Universiti Standford pada tahun 1962 dalam bidang MBA. Beliau telah mendirikan rumah tangga pada tahun 1968 bersama Penny dan mempunyai 3 orang cahaya mata iaitu Matthew Knight, Travis Knight dan Christina Knight. 

Philip Hampson adalah seorang hartawan perniagaan Amerika dan dermawan. Menjelang tahun 2011 kepentingan Philip amat penting sekali dalam organisasi ini kerana mengaut keuntungan sebanyak AS$ 14.4 Billion dan terus menjadikan beliau sebagai orang yang 47 terkaya di dunia dan ke-19 terkaya di Amerika.

Pada tahun 2006, beliau memberikan sumbangan terbesar untuk Sekolah Perniagaan Standford. Beliau juga pernah menderma beratus-ratus juta ringgit untuk sekolah. Pada tahun 1977 beliau bersama Bill Bowerman dan Geoff Hollister mengasaskan satu pasukan yang dipanggil ‘Olahraga Barat’.

Selepas beliau lulus di Universiti Oregon, Philip menyertai Tentera Darat dan berkhidmat selama 7 tahun. Setelah tamat berkhidmat dalam bidang ketenteraan, Philip menyambung pelajaran beliau dalam bidang Perniagaan di Universiti Standford. Dalam tempoh pembelajaran dalam bidang Perniagaan ini, Philip menyedari dimana beliau adalah seorang usahawan.

Menyedari dirinya sebagai usahawan, dengan mengambil langkah yang berani beliau membuat satu pelan perniagaan. Dengan kertas kerja yang di hasil dalam tempoh pembelajaran tersebut, Philip berjaya menghabiskan sesi pembelajaran beliau di Universiti dengan peroleh Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan pada tahun 1962.

Selepas tamat belajar pada tahun 1962, Philip membentangkan hasil kertas kerja beliau semasa di Universiti dahulu. November 1962, beliau terbang ke Jepun dan menemui jenama kasut lari Tiger yang dikeluarkan di Kobe oleh Co Onitsuka, Pengeluar Adidas tiruan di Jepun.

Kertas kerja dibentangkan oleh Philip telah menarik minat pelabur dengan menawarkan kualiti dan kos yang rendah. Beliau telah berkerjasama dengan En.Onitsuka dan mendapat hak pengedaran Tiger bagi Amerika Syarikat Barat. Philip mengambil masa selama setahun lebih bagi menganalisa sampel pertama kasut Tiger yang dihantar kepada beliau dimana pada masa yang sama,

Philip bekerja sabagai seorang Akauntan di Portland. Setelah Philip mendapat sampel kasut, beliau menerima Rang Undang-Undang Bowerman di Eugene. Kejutan yang diterima oleh Philip, Bowerman telah ditawarkan untuk menjadi rakan kongsi dan akan menyediakan beberapa idea rekabentuk untuk kasut bagi perniagaan meraka berjalan lancer dan mendapat perhatian dari rakyat. Perkongsian perniagaan antara Philip dan Bowerman berlaku pada 25 Januari 1964 dengan memberi nama syarikat mereka “Blue Ribbon Sport”.

Kembali di Amerika Syarikat, Philip meminjam wang dari bapanya untuk membayar sempel kasut yang dihantar kepadanya. Philip menghantar beberapa sampel kasut di Universiti Oregon. Dengan harga sepasang kasut itu bernilat $500 setiap satu. Menjelang awal 1970, jualan telah mencapai $3 juta dan Philip memutuskan “Blue Ribbon Sport” merekabentuk kasut sendiri.

Pada tahun 1972, “Blue Ribbon Sport” melancarkan nama baru iaitu “NIKE” yang membawa makna kemenangan bagi Dewi Yunani. Philip membayar $35 kepada pelajar seni dari Portland dengan merekabentuk logo dengan lambang “swoosh”.


Strategi pemasaran Philip sangat mudah. Beliau tidak bergantung kepada pengiklanan untuk menjual produk-produknya tetapi Philip menggunakan atlet sukan untuk menggayakan hasil produknya. Dengan stategi bijak Philip, peningkatan hasil jualan NIKE meningkat pada tahun 1970.

Kejayaan demi kejayaan dikecapi oleh Philip sepanjang tahun 1980 dengan menggunakan strategi yang sama. Nike adalah sebuah perbadanan multinasional dalam rekabentuk, pembangunan dan pemasaran diseluruh dunia dengan menghasilkan penjualan kasut, pakaian, aksesori dan peralatan sukan.

Terletak di ibu pejabat Beaverton, Oregon di kawasan metropolitan Portland. Syarikat terkemuka dunia yang mengeluarkan pakaian dan perlatan sukan terkemuka dunia dengan menghasilkan pendapatan melebihi $2.41 billion pada thaun 2012. Dengan tenaga kerja seramai 44,000 orang di seluruh dunia menjadikan jenama ini mendapat perhatian dari seluruh rakyat.

NIKE mempunyai 4 buah anak syarikat iaitu Umbro, Cole Haan dan International Hurley. NIKE menghasilkan pelbagai jenis produk termasuk kasut dan pakaian untuk aktiviti sukan seperti bola sepak, bola keranjang olahraga, golf dan sebagainya. Pada tahun 1982, NIKE membuat pengiklanan pertama di televisyen yang dicipta oleh agensi iklan yang baru ditubuhkan oleh Wieden&Kennedy.
















Sumber: 
www.nike.com
http://alldeprint-asg.blogspot.com/p/natrah.html,
http://en.wikipedia.org/wiki/Phil_Knight,
http://www.usahawan.com/sejarah/kisah-bagaimana-25-jenama-terkenal-antarabangsa-bermula.html