Friday 7 March 2014

Profil Syarikat

TERAS TEKNOLOGI adalah salah satu syarikat perkhidmatan penyelesaian portal yang menyediakan perundingan dan perkhidmatan perisian kepada pelanggan yang ingin melaksanakan atau telah melaksanakan Liferay . Kami menawarkan perkhidmatan perundingan untuk membantu syarikat anda membuat yang terbaik daripada penggunaan portal anda. Sekiranya syarikat anda sedang mencari persekitaran portal mesra pengguna , pengurusan portal yang terbaik , strategi untuk menaik taraf komponen portal anda kepada versi terkini, atau portal bersepadu dengan pembangunan aplikasi, TERAS TEKNOLOGI di sini sangat bersedia untuk membantu.
Perkhidmatan kami menawarkan pelbagai penyelesaian perusahaan yang berkualiti untuk kelancaran portal anda. Antaranya termasuklah perisian keselamatan portal anda, memantau perkhidmatan portal anda, pengendalian portal dan banyak lagi.

TERAS TEKNOLOGI akan menyajikan anda dengan pengetahuan dan wawasan yang membolehkan perusahaan atau organisasi anda mendapatkan perkhidmatan yang terbaik daripada platform WebCenterInteraction . Kami menawarkan perkhidmatan perundingan yang bersesuaian dengan keperluan anda seperti:
  • Pelaksanaan awal dan pemasangan.
  • Infrastruktur Portal dan seni bina kajian.
  • Portlet dan pembangunan portal.
  • Integrasi dengan perkhidmatan perusahaan yang sedia ada.
  • Naik taraf dari laman web yang sedia ada kepada portal ( Liferay ).
  • Latihan
TERAS TEKNOLOGI mempunyai semua pengetahuan dan kepakaran yang anda perlukan untuk mendapatkan perkhidmatan Liferay. Pasukan perkhidmatan kami terdiri daripada perunding yang mempunyai pengalaman yang mampu memberikan nasihat dan pendapat yang bernas .