Saturday, 17 May 2014

BUSINESS IDEA '14 Presentation: Smart Electricity Saver And Monitoring Tools (SESMOT)

IDEA PERNIAGAAN TERAS TECHNOLOGIES
Teras Technologies
CEO : MOHAMAD FAIZ MOHAMAD ZAINI
CFO : KHAIRUL ZULHILMI MUHAMMAD
CTO : MOHD FIRDAUS MALEK
CMO : MOHD ZAKI RAUP

Alamat
22-2-2B Jalan Medan,
Medan PB2,436500 Bangi, 
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia
Tel : +603-89263288
Fax : +603-89263233
Laman Web : http://ite-terastech.blogspot.com/


RINGKASAN EKSEKUTIF

Teras Technologies merupakan sebuah syarikat tempatan yang menjalankan perniaga berkaitan dengan Teknologi Maklumat. Hasil daripada perbincangan kami merumuskan untuk mencipta satu produk yang dapat membantu pengguna menjimatkan penggunaan tenaga dan juga wang dalam perancangan jangka masa panjang. Selain itu, Kami juga yakin dapat meningkatkan kesedaran pengguna tentang penjimatan penggunaan tenaga elektrik dalam kehidupan seharian dapat mengurangkan kadar jejak karbon menerusi produk ini.

Menurut fakta, harga pasaran minyak sedunia telah meningkat saban tahun. Ini juga mengakibatkan kenaikan kos operasi untuk kebanyakan pembekal tenaga lain seperti elektrik yang mendapat kesan dari kenaikan tersebut. Seperti contoh Tenaga Nasional, YTL, Malakoff, Powertek dan banyak lagi. Pengguna kediaman biasanya memperolehi tenaga elektrik daripada Tenaga Nasional Berhad ataupun TNB. Sehubungan dengan itu, menerusi Program Merasionalisasi Subsidi oleh kerajaan, pihak TNB telah mengkaji kadar dan tariff elektrik bagi kediaman rumah. Mulai Januari 2014 yang lepas pada tahun ini, pihak TNB telah mengeluarkan tariff dan kadar baru elektrik bagi penggunanya.

Masalah yang wujud daripada program ini telah meningkatkan kadar tariff dan harga penggunaan elektrik bagi kediaman. Dianggarkan kenaikan purata kepada harga per kilo wat jam penggunaan elektrik adalah dari RM3.03 hingga RM33.40 iaitu lebih kurang 10% daripada kadar yang lepas. Kenaikan ini melibatkan seramai lebih kurang 1.9 juta pengguna daripada 6.5 juta pengguna TNB. Ekoran daripada kenaikan tersebut, kami telah merumuskan untuk mencipta, membuat dan memasarkan produk yang boleh membantu seramai 1.9 juta pengguna TNB tersebut.

Kajian mendapati bahawa jika suis elektrik tidak ditutup walaupun peralatan elektrik atau elektronik yang disambungkan dengan sumber kuasa tidak dipasang, elektrik masih lagi berjalan oleh sebab mod standby yang memerlukan sedikit penggunaan elektrik untuk beroperasi. Sebanyak 20% penjimatan elektrik dapat dilakukan jika suis ini ditutup sama sekali untuk sesebuah peralatan. Jika metod ini diaplikasi kepada semua suis sumber elektrik. Ini dapat mengurangkan kadar elektrik yang berjalan semasa tidak menggunakan peralatan tersebut.


KETERANGAN PRODUK

Produk yang akan kami hasilkan adalah SMART ELECTRICITY SAVER AND MONITORING TOOLS ataupun dipanggil sebagai SESMOT. SESMOT berupa gabungan perkakasan dan perisian yang mempunyai kemampuan untuk mengawal penggunaan elektrik di kediaman. Ianya juga menyediakan alat untuk mengawal serta mengawasi penggunaan elektrik bergantung kepada tetapan oleh pengguna itu sendiri.



SESMOT berfungsi melalui saluran fius yang terdapat di kediaman atau rumah pengguna dimana setiap saluran fius itu boleh dikawal samada disekat aliran elektriknya dalam tempoh masa tertentu yang boleh ditetapkan oleh pengguna. Proses ini dikawal oleh satu pengawal aliran elektrik ataupun Controller yang mempunyai mikrocip dan geganti/relay yang boleh menentukan saluran mana yang hendak dikawal.

SESMOT juga didatangkan dengan Panel LCD yang disambungkan dengan Controller tersebut iaitu berupa antaramuka pengguna ataupun GUI bagi pengguna memilih untuk setiap saluran bagaimana menetapkan keadaan penggunaan elektrik mengikut kesesuaian pengguna. Peralatan seperti peti sejuk dan penggera keselamatan yang memerlukan sentiasa terpasang boleh ditetapkan sebagai nilai lalai atau default iaitu sentiasa terpasang. Untuk yang lain-lain, bolehlah ditetapkan sebagaimana yang pengguna mahu. Bagi pengguna yang bekerja, tetapan masa boleh dilakukan seperti contoh waktu penutupan suis akan dilakukan dari pukul 7:30 pagi sehingga 5:30 petang iaitu waktu kebanyakan pengguna bekerja. Penetapan dilakukan secara automatik mengikut harian, mingguan atau bulanan dan juga boleh dilangkaui tetapan automatik tersebut menjadi manual.

Panel kawalan SESMOT boleh ditetapkan dalam mod tutup. Cuma Controller akan menjalankan tugas setelah diprogramkan di dalam mikrocip oleh panel kawalan tersebut. Operasi Controller melibatkan penggunaan elektrik yang sedikit kerana komponen yang digunakan adalah kompak dan teratur.


PASARAN DAN PERSAINGAN

Sasaran pengguna adalah kediaman rumah yang menggunakan elektrik melebihi 300 kilo wat per jam sebulan iaitu lebih kurang RM77.33 bil bulanan elektrik mereka. Ini meliputi seramai lebih kurang 1.9 juta pengguna iaitu 30% pengguna elektrik TNB bagi kediaman.

Terdapat pelbagai alat penjimatan elektrik dipasaran. Seperti contoh, Electric Saver Card dan Electric Saving Board yang dapat mengurangkan penggunaan elektrik. Tiada bukti saintifik produk-produk ini boleh melakukan apa yang didakwa. Cuma dari segi logiknya, alat tersebut adalah sebagai penstabil voltage atau pun voltage regulator yang menstabilkan aliran elektrik. Tetapi ini tidak menyelesaikan masalah sebenar kerana, aliran elektrik tetap berjalan cuma kaedah produk tersebut menstabilkan voltan dapat mengurangkan spike dari aliran elektrik tersebut. Produk kami lebih realistik dimana ianya terus kepada sumber sebenar elektrik itu disalurkan.


STRATEGI PEMASARAN

Dari segi pemasaran, kami akan menggunakan laman sosial seperti Facebook dan Twitter dimana kaedah kedua-dua pemasaran ini telah terbukti dapat meluaskan capaian pengguna sasaran serta dapat melihat maklum balas dan testimonial pengguna serta mudah, murah dan cepat. Untuk pemasaran secara tradisonal, kami akan membuka ruangan jualan dan khidmat nasihat tentang produk kami di pusat membeli-belah terkemuka di negara ini kerana ianya strategik dan menjadi tumpuan golongan sasaran kami.

Kos penghasilan produk adalah lebih kurang RM300 manakala kos jualan produk dianggarkan sebanyak RM500 tidak termasuk cas pemasangan iaitu bergantung kepada sistem pendawaian rumah itu sendiri iaitu lebih kurang RM200 - RM600.

Manakala kos menaiktaraf perkakasan dan perisian diperlukan jika ada perubahan kepada sistem pendawaian kediaman tersebut iaitu lebih kurang RM200-RM400 tidak termasuk alat ganti bergantung kepada perubahan yang berlaku atas sistem pendawaian rumah tersebut.

Kami yakin produk ini akan mendapat sambutan kerana jika dilihat daripada trend kenaikan harga minyak dunia, jarang berlaku pengurangan harga. Dan diambil kira dari Program Merasionalisakan Subsidi oleh Kerajaan, mungkin kadar tariff elektrik akan dinaikkan lagi.