Wednesday, 14 May 2014

Aktiviti: Penukaran Kad Perniagaan

Salah satu perkara yang sering dilakukan oleh rakan-rakan niaga baru atau usahawan adalah bertukar-tukar kad perniagaan, yang mana melalui pertukaran kad perniagaan dapat membantu menghubungi seseorang atau sesuatu pihak.

Pembelajaran daripada aktiviti ini adalah :

  1. Berkelakuan sopan dan tertib
  2. Kad diserahkan menggunakan kedua-dua tangan
  3. Menyatakan nama dan bisnes tanpa perlu melihat kad tersebut
  4. Membaca kad bisnes yang diterima sebelum menyimpannya 
  5. Sentiasa membawa kad bersama