Friday 21 March 2014

Produk RND

1. VTRACK (Pengesan Kenderaan menggunakan RFID)

Alat ini dibangunkan untuk mengesan kenderaan melalui RFID yang diletakkan pada kenderaan. Sistem RFID terdiri daripada antena dan penerima, yang membaca frekuensi radio dan memindahkan maklumat kepada peranti pemprosesan, dan tag, yang merupakan litar bersepadu yang mengandungi litar frekuensi radio dan maklumat yang dihantar.


Info lanjut sila hubungi: Prof. Madya Dr. Mohd Pouzi Hamzah

Alamat: Pengarah Pusat Teknologi Maklumat (PTM), Universiti Malaysia Terengganu

Emel:  iktc@umt.edu.my

2. Sistem Pengudaraan Songkok

Idea untuk mencipta produk ini diilhamkan daripada masalah memakai 'songkok' untuk tempoh yang lama. Biasanya, selepas kita pakai 'songkok' untuk tempoh yang tertentu, kawasan di dalam 'songkok' menjadi lembap dan panas dan ini akan membuat kepala berasa gatal dan tidak selesa.

Walaupun reka bentuk semasa 'songkok' mempunyai 2, 3 atau 4 lubang untuk pengudaraan, tetapi ini tidak mencukupi dan kadang-kadang pengguna masih berasa panas dan tidak selesa. Untuk mengelakkan ini, pereka telah mereka bentuk satu 'songkok' yang dilengkapi dengan kipas kecil untuk menyediakan sistem pengudaraan yang baik kepada 'songkok'.

Selepas kaji selidik telah dilakukan, didapati bahawa tidak ada produk dicipta di pasaran serupa dengan ini. Oleh itu, inisiatif telah diambil untuk mencipta dan diharapkan dapat memberi manfaat dan boleh dikomersialkan tidak lama lagi. Sistem terdiri daripada satu kipas kecil, suis mini, 4 bateri saiz AAA dan soket yang melekat pada 'songkok' yang mempunyai dua atau empat lubang.

Info lanjut sila hubungi: Fariz Ali, Wan Hazwani

Alamat: Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Emel: fariz@utem.edu.my

3.  Mobile Waterless Car Wash

Pelajar Universiti Multimedia (MMU) Melaka yang berjaya menghasilkan teknologi cucian kenderaan hanya menggunakan tiga liter air bagi jenis sedan berbanding maksimum sehingga 80 liter jika menggunakan kaedah konvensional.

Produk “Mobile Waterless Car Wash” adalah mesin pencucian kenderaan berkonsep bergerak. Peralatan yang digunakan adalah 100% mesra alam dan dapat menjimatkan penggunaan air pada tahap maksimum. Penggunaan water jet yang diubahsuai dengan hanya menggunakan 3 liter air sahaja bagi sebuah kereta.

Info lanjut sila hubungi: Mohamad Azrie Mohamad Nasran

Alamat: Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Multimedia (MMU) Melaka

Telefon:  012-7486622/013-6312329

4.  Ketuhar Kek Lapis

Projek akhir pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Kuching Sarawak memberi nafas baharu kepada pengusaha kek lapis di Sarawak dengan rekaan  ketuhar kek lapis. Projek ini menelan kos sebanyak RM291 dengan tenaga kerja seramai lima orang dan mengambil masa kurang 5 bulan untuk disiapkan.

Produk ini digunakan untuk memudahkan kerja pengusaha kek dan wanita membuat kek bagi kegunaan komersial dan domestik. Dengan ketuhar ini, pengguna dapat membuat kek sebesar 8×8 inci tetapi tidak perlu menggunakan banyak tenaga manusia dan ia membakar secara beralun dengan jaminan kek yang rata.






Info lanjut sila hubungi: Saiful Sapian

Alamat: JabatanKejuruteraan Mekanikal, Politeknik Kuching, Sarawak

5.  Peranti Mengaktifkan Motosikal Menggunakan Suara

Penggunaan arahan dan kawalan suara pada peranti mudah-alih adalah salah satu perkara biasa pada hari ini. Menariknya, FSRtech, salah satu syarikat tempatan kini memperlihatkan sokongan memulakan dan menghidupkan motorsikal menggunakan arahan suara.

Penggunaan suara pemilik ditetapkan, sekaligus mengelakkan untuk penggunaan suara orang lain untuk menghidupkan motorsikal tersebut.



Info lanjut sila hubungi: Farhan Mohamed Ali

Alamat: Jalan PJU 1A/42 (off Jalan PJU 1A/1), Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Malaysia

Email: sales@fsrtech.com

6. Unit Pengawal Bahan Api Motosikal (FCU)

Produk dengan sistem hampir sama banyak terdapat di dalam pasaran tetapi hanya untuk motosikal besar dan kereta. FSR Tech pula memberi penekanan lebih kepada enjin kecil yang mereka lihat semakin berubah daripada karburetor kepada suntikan (Fuel Injection).

FCU berfungsi dengan mengubah bacaan pengesan tekanan manifold (MAP) dan menghantarnya ke ECU, memberitahu bahawa enjin memerlukan lebih atau kurang minyak pada rpm tertentu.



Info lanjut sila hubungi: Farhan Mohamed Ali

Alamat: Jalan PJU 1A/42 (off Jalan PJU 1A/1), Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Malaysia

Email: sales@fsrtech.com


7. Pengecas Telefon Bimbit Menggunakan Tenaga Suria

Profesor Madya di Jabatan Elektrikal, Elektronik dan Sistem Kejuruteraan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mencipta pengecas kecil mengguna tenaga suria diberi nama Greenfinity TM.
Alat berukuran 19 sentimeter x 36.5 sentimeter ini bukan saja mampu mengecas telefon bimbit malah tenaga keterbaharuan di simpan dalam bateri kecilnya mampu digunakan untuk memasang lampu menerangi malam. Ia turut mampu membekalkan tenaga menggerakkan peralatan elektronik kecil.
Alat itu mempunyai jaminan boleh pakai sehingga 25 tahun dan boleh mengecas dua telefon bimbit serentak memakan masa dua jam setengah atau sejam kiranya sebuah telefon di cas. Pengecas itu direkabentuk untuk membolehkan pelbagai jenis telefon dicas memandangkan penyambung alatcas telefon berbeza seperti penyambung khas untuk Nokia, mini USB dan penyambung untuk Sony-Ericsson. Ia juga mempunyai sambungan tambahan berbentuk klip untuk mengecas bateri berkekuatan enam voltan. Ini membolehkan pemiliknya menikmati bekalan elektrik tersimpan pada waktu malam untuk memasang lampu yang menggunakan enam voltan kuasa. Pengecas ini menggunakan bahan elektronik kekal dan komponen pasif yang membuat ia tahan lama tanpa mengeluarkan isyarat gangguan kepada telefon bimbit. Panel suria pengecas ini diperbuat daripada poli kristal silikon 5Wp bersaiz 19 sentimeter x 36.5 sentimeter disahkan oleh TUV yang memberikannya jaminan selama lebih 20 tahun. Alat pengawal elektronik di belakang pengecas ini dijamin selama lima tahun.

Info lanjut sila hubungi : Dr. Nowshad Amin

Alamat : Jabatan Elektrikal, Elektronik dan Sistem Kejuruteraan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)


8. Cilibangi

Dr Ahmed Mahir Mokhtar Bakri, Saintis pembiakbakaan yang menghasilkan Cilibangi yang mempunyai ciri-ciri seperti kematangan serentak yang memudahkan penuaian menggunakan jentera, jangka hayat yang lama supaya ia boleh disimpan lama, tahan terhadap serangan virus supaya tanaman sihat dengan kualiti yang tinggi dan kepadatan tumbuhan yang memudahkan proses penyelenggaraan dilakukan. Hasil R&D ini telah menarik perhatian sebuah syarikat terbitan Universiti Kebangsaan Malaysia, Serotech Sdn Bhd untuk memperkenalkan dan mempromosikan produk utamanya seperti benih Cilibangi, anak pokoknya, bungkusan permulaan menanamnya, sos, pencicah dan jeruk cili hijau Cilibangi.


Info lanjut sila hubungi : +603-89261238

Alamat : Cilibangi House, Serotech Sdn Bhd (935220-W), Level 3, Bangunan Wawasan,
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia.

Email : info@serotech.com.my