Sunday 13 April 2014

Profil Usahawan: Lee Byung-chul - Pengasas Samsung Group

Lee Byung-chul ialah pengasas Samsung Groups yang lahir pada 12 Febuari 1920. Beliau adalah anak kepada sebuah keluarga bangsawan dan menghadiri kolej di Universiti Waseda di Tokyo, tetapi tidak menamatkan pengajiannya.

Beliau menggunakan kekayaan yang diwarisinya untuk membuka sebuah kilang beras sebagai percubaan pertamanya untuk menceburkan diri ke dalam bidang keusahawanan. Walau bagaimana pun, perniagaan tersebut tidak mendatangkan keuntungan yang menggalakkan.

Pada 1938, Lee Byung-chul menubuhkan sebuah syarikat perdagangan eksport yang diberi nama Samsung Trading Co. Samsung membawa makna '3 Bintang' yang menjadi logo korporat pertama Samsung. Syarikat ini mengeksport barang-barang seperti ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan ke negara-negara seperti China dan Jepun.



Kilang Gula Cheil Jedang
Syarikat ini berkembang dengan maju dan pada 1947, Lee Byung-chul memindahkan ibupejabatnya ke Seoul. Ia adalah antara salah sebuah 10 syarikat perdagangan terbesar di Korea apabila Perang Korea tercetus pada tahun 1950. Penjajahan Korea Utara ke atas Seoul memaksa beliau berpindah ke Busan. Di bandar baru tersebut, beliau telah menubuhkan Cheil Jedang; sebuah kilang gula yang pertama di Korea Selatan pada 1953.


Kilang Tekstil, Cheil Wool Textiles Co.
Dengan keuntungan dari syarikat berkenaan, beliau memulakan beberapa perusahaan lain seperti perniagaan tektil,Cheil Wool Textiles Co. dan gedung membeli belah; Shinsegae. Bermula dari tahun 1958, melalui syarikatnya; Samsung berkembang ke beberapa industri lain seperti kewangan, media, kimia dan pembinaan kapal.

Produk pertama Samsung Electronics




Pada 13 Januari 1969, Lee Byung-chul melalui Samsung Electronics menceburi industri elektronik setelah melihat peluang yang cerah di dalam industri tersebut. Pada 1978, selepas 9 tahun penubuhan Samsung Electronics, syarikat berkenaan berjaya mengeluarkan 2 juta unit produk elektronik pertama mereka; televisyen hitam-putih (tanpa warna). Pada Mac 1984, syarikat berkenaan berjaya mengeluarkan 5 juta set televisyen berwarna dan menjadi syarikat ketiga di dunia selepas Jepun dan Belanda yang membangunkan teknologi VTR; perakam pita video.

Pada penghujung hayatnya; Lee Byung-chul telah dilantik sebagai pengerusi Persekutuan Industri Korea dan dikenali sebagai lelaki terkaya di Korea Selatan. Beliau meninggal dunia pada 1987 dan Samsung Group diambil alih oleh Kun-Hee Lee sebagai pengerusinya. Pada 1990, Samsung Group terus berkembang sehingga secara global ke US, UK, Jerman, Thailand, Mexico, Sepanyol dan China.



Sumber:
http://hoamprize.samsungfoundation.org/eng/hoam/hoam_intro.asp
http://www.koreaittimes.com/story/7223/hail-father-business-lee-byung-chul
http://en.wikipedia.org/wiki/Lee_Byung-chul