Friday 21 March 2014

Produk Kreatif

1. Harinacs Stapleless Stapler (Stapler Tanpa Dawai Kokot)


Stapler yang tidak menggunakan dawai kokot. Mesra alam, lebih mudah dan selamat. Pisau memotong kertas ke dalam corak khas. Satu kertas penutup diangkat keluar dari potongan tersebut.

Kertas yang dipotong dengan corak khas tadi dimasukkan kembali ke arah slot memotong. Hujung kertas penutup ditarik melalui slot, dan terletak kemas ke dalam tempat potongan tersebut.











2. Pengupas dan Pemotong Nenas


Alat mengupas dan memotong nenas dengan langkah yang mudah dan selamat. Ia membolehkan pengguna mengupas dan memotong nenas ke dalam kepingan tanpa menggunakan pisau.

Hanya buangkan kepala buah nenas dan masukkan alat pengupas ke dalam buah dari bahagian yang dibuang tadi dengan menekan dan memulas alat tersebut sehingga ke dasar buah. Keluarkan isinya dan pengguna akan memperolehi isi buah nenas yang telas dibuang kulitnya dan dipotong ke dalam kepingan.







3. Nail Gripper (Pemegang Paku)

Produk ini memegang paku atau skru supaya ia boleh diletakkan dengan mudah dan tepat pada dinding. Selain itu, ia membantu mengurangkan risiko tukul terkena pada jari ketika mengetuk paku pada dinding.













4. Pemotong Buah Avocado

Peralatan ini membuatkan kerja memotong isi buah avacado kepada bentuk kiub untuk dimasukkan ke dalam salad, sup atau hidangan lain.

Ia memotong dan mengeluarkan isi buah avacado dengan kemas ke dalam bentuk kiub

Ia mengurangkan pembaziran apabila alat ini mampu mengeluarkan semua isi buah.

Ianya mudah digunakan; hanya letakkan alat tersebut supaya sama dengan bentuk
separuh buah avocado, tekan alat tersebut ke dalam isi buah, pusingkan dan angkat alat tersebut.




5. E-Board Papan Saterika

Dengan menggunakan E-Board, pengguna boleh menyeterika pakaian dengan mudah dan pantas. Pengguna boleh mengalihkan bahagian pakaian yang telah diseterika dengan hanya menterbalikkan papan tersebut pada paksi tengahnya.

Papan utama dihubungkan pada tapak papan seterika dengan bahagian istimewa. Ia dibina dengan 5 bahagian yang mana setiap satunya boleh dilaraskan secara berasingan untuk disesuaikan dengan jenis-jenis pakaian.






6. Eco Muncung Menyiram Tanaman

Alat ini membolehkan pengguna menukar botol minuman biasa mereka menjadi botol untuk menyiram tanaman. Ia dipasang pada lurah botol minuman seperti penutup botol dan mempunyai pemegang dan muncung.

Bukan sahaja memudahkan, ia merupakan produk yang mesra alam apabila ia mengurangkan pembuangan botol plastik dengan mengitar semula sebagai penyiram tanaman.





7.  Acuan telur berbentuk bunga

Dengan adanya acuan telur ini anda boleh memasak telur berbentuk bintang dan bunga malah boleh digunakan pada hamburger, roti dan juga sebagai pemotong biskut. Acuan yang tidak mempunyai pemegang menjadikannya mudah untuk membersihkan. Bintang dan bunga bentuk bergigi  diselaraskan membuatkan corak cincin yang sangat baik untuk makanan seperti burger, lempeng, dan telur goreng kerana sukatannya bersesuaian dengan acuan ini. Pemegang kayu sentiasa sejuk semasa memasak dan memelihara tangan anda dari terkena minyak panas semasa memasaknya. Acuan ini boleh memberikan keceriaan terhadap setiap hidangan yang disediakan lantas menambahkan keinginan untuk mencubanya.







8. Cuisipro Apple alat untuk mengeluarkan biji 

Cuisipro Apple merupakan satu alat untuk mengeluarkan biji epal. Ia juga merupakan tugas yang lancar dan mudah dengan alat ini direka secara ergonomik. Hanya beratur aci dengan teras epal dan perlahan-lahan twist ke dalam buah-buahan, kemudian lepaskan teras dengan tekan ibu jari. Alat persediaan yang cekap untuk epal penerasan dan pear. Ciri cepat-release teras yang akan dikeluarkan daripada batang dengan mudah. Besar pemegang polipropilena menawarkan cengkaman yang stabil. 









9. Spork

Spork adalah salah satu produk yang kreatif hasil idea dengan menggabungkan sudu dan garpu. Direka oleh Masami Takahashi dari Japan’s Sugakiya ramen noodle restaurant. Ia memudahkan untuk peminat atau pengguna yang gemar makan mee seperti maggie. Pengguna tidak perlu lagi untuk memenggang sudu dan garfu secara berasingan.








10. Magic Mug

Magic mug bukanlah merupakan mug biasa. Magic mug adalah sebuah mug unik yang apabila dituangkan dengan air panas, maka mug tersebut akan mengeluarkan gambar yang dapat di-customized sesuai dengan keinginan anda.  Warna dasar magic mug sebelum dituang air panas berwarna hitam polos, kemudian beberapa saat setelah di tuang dengan air panas, warna polos tersebut akan berubah sesuai dengan gambar yang telah dipesan sebelumnya oleh pembeli-nya.