Namun ada satu perkara yang luar biasa dari Honda. Dia telah bekerja di usia 15 tahun di Tokyo, saat itu Honda memutuskan tidak mahu meneruskan persekolahannya. Dia bekerja di sebuah bengkel Art Shokai. Pengalaman bekerja inilah yang banyak memberi pengaruh kepadanya. Perlahan-lahan karier Honda mulai berubah, bermula benar-benar dari bawah lama kelamaan dia sudah terbiasa dan menjadi luar biasa dalam bekerja, mampu memperbaiki banyak kereta, ditugaskan ke luar bandar dan banyak prestasi memuaskan dari Honda dalam pekerjaannya.
Pada April 1928 di usia 22 tahun, Soichiro Honda telah berhenti bekerja sebagai mekanik dan membuka cawangan Art Shokai di Hamamatsu . Lama kelamaan usaha dari Honda terus berkembang, jumlah pekerja yang bermula hanya satu orang terus bertambah hingga mencapai lebih dari 30 orang. Memandangkan Honda adalah seorang yang tidak cepat berpuas hati, beliau terus berinovasi. Dengan pelbagai matlamat dan gagasan, Honda menjadi semakin terpanggil menjadi ahli mesin yang luar biasa.
Pelbagai idea produk yang dia miliki cuba dikerjakan, banyak inovasi yang telah dia dilakukan. Salah satunya adalah pemasangan mesin pada basikal (idea inilah yang menjadi motosikal). Akhirnya pada September 1947 tertubuhlah Honda Motor Company.
Di awalnya, memang produk-produk Honda sangat diminati dan angka jualan cukup tinggi, namun kerana ketidakpintaran dalam menguruskan kewangan Honda Company mengalami kriris kewangan. Krisis itulah yang membuatkan Soichiro Honda bertemu dengan Takeo Fujisawa yang banyak berperanan dalam membangunkan syarikat Honda.
Dengan terus berinovasi, kini Honda menjadi antara produk kenderaan bermotor dan mesin yang canggih di dunia. Banyak produk-produk Honda yang sangat bermanfaat dan memudahkan kehidupan kita, sudah seharusnya kita masyarakat Malaysia juga banyak belajar dari masyarakat Jepun dalam membuat pembaharuan, berniaga dan mengembangkan lagi taraf kehidupan.
Sumber: http://usahawan-honda.blogspot.com, 21 Mac 2014