1. VTRACK (Pengesan Kenderaan menggunakan RFID)
Alat ini dibangunkan untuk mengesan kenderaan melalui RFID yang diletakkan pada kenderaan. Sistem RFID terdiri daripada antena dan penerima, yang membaca frekuensi radio dan memindahkan maklumat kepada peranti pemprosesan, dan tag, yang merupakan litar bersepadu yang mengandungi litar frekuensi radio dan maklumat yang dihantar.
Info lanjut sila hubungi: Prof. Madya Dr. Mohd Pouzi Hamzah
Alamat: Pengarah Pusat Teknologi Maklumat (PTM), Universiti Malaysia Terengganu
Emel: iktc@umt.edu.my
Friday, 21 March 2014
Produk Innovatif
1. Google Chromecast
Pengeluar: Google
Produk ini adalah hasil keluaran Google. Ia membolehkan TV biasa berfungsi sebagai 'smart tv' dengan harga yang murah. Hanya pasangkan produk ini pada mana-mana soket HDMI pada TV dan hubungkan produk ini dengan sambungan Wifi di rumah untuk memaparkan maklumat dan kandungan dari internet. Produk ini tidak mempunyai alat kawalan jauh; ia boleh dikawal dengan mengunakan komputer atau aplikasi yang di muat turun ke dalam telefon pintar atau tablet.
Produk Kreatif
1. Harinacs Stapleless Stapler (Stapler Tanpa Dawai Kokot)
Stapler yang tidak menggunakan dawai kokot. Mesra alam, lebih mudah dan selamat. Pisau memotong kertas ke dalam corak khas. Satu kertas penutup diangkat keluar dari potongan tersebut.
Kertas yang dipotong dengan corak khas tadi dimasukkan kembali ke arah slot memotong. Hujung kertas penutup ditarik melalui slot, dan terletak kemas ke dalam tempat potongan tersebut.

Profil Usahawan: Soichiro Honda - Pengasas Honda
Soichiro Honda adalah seorang usahawan automotif terbesar berasal dari Jepun yang lahir pada 17 November 1906 di Hamamatzu, Shizuoka, Jepun. Lahir bukan dari keluarga kaya, membuatkan dia dibesarkan dalam keadaan yang bersahaja dan penuh disiplin. Kehidupan seorang yang bernama Honda banyak dilalui dengan bekerja membantu ayahnya menjalankan bisnes membaiki basikal.
Namun ada satu perkara yang luar biasa dari Honda. Dia telah bekerja di usia 15 tahun di Tokyo, saat itu Honda memutuskan tidak mahu meneruskan persekolahannya. Dia bekerja di sebuah bengkel Art Shokai. Pengalaman bekerja inilah yang banyak memberi pengaruh kepadanya. Perlahan-lahan karier Honda mulai berubah, bermula benar-benar dari bawah lama kelamaan dia sudah terbiasa dan menjadi luar biasa dalam bekerja, mampu memperbaiki banyak kereta, ditugaskan ke luar bandar dan banyak prestasi memuaskan dari Honda dalam pekerjaannya.

Thursday, 20 March 2014
Senarai 20 Terkaya Malaysia
#1
Robert Kuok, 90
Jumlah
Asset: $11.5 Billion
Capai Kekayaan: Usaha sendiri
Capai Kekayaan: Usaha sendiri
Sumber Pendapatan: Pengasas Kuok Group dan Pengerusi Shangri-La Hotels and Resorts; gula, kelapa sawit, perkapalan, perhotelan dan hartanah
Status Perkahwinan:
Berkahwin; 8 orang anak
Pendidikan: Bachelor of Arts / Science, Raffles College
Monday, 17 March 2014
10 Usahawan Perkhidmatan/Servis Yang Berjaya Di Malaysia
1. Hairul Faizal Hussain
Hairul Faizal Hussain (39) adalah pengasas Creative Makeover; sebuah pusat salon kenderaan. Dengan pengalaman selama 18 tahun dalam bidang ubah suai dan solekan kenderaan; syarikatnya menawarkan perkhidmatan solekan bagi semua jenis kenderaan malah aksesori lain seperti topi kaledar, sport rim hinggalah perkakasan seperti peti sejuk.
Creative Makeover bukan sahaja menawarkan servis mengecat dan membuat pelekat papan iklan, untuk mentransformasikan wajah kenderaan, motosikal atau kereta dengan teknik menggunakan pelekat dan airbrush (semburan angin). Malah ada pemilik kenderaan yang sanggup melabur sehingga ribuan ringgit untuk tampil ranggi dan bergaya dengan kenderaan yang meluncur laju di jalan raya.

Saturday, 8 March 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)
RSS Feed
Twitter